Rabu, 25 Julai 2012

Punca Bayi Lemas Dalam Kandungan

Pada entry lepas, saya ada cerita pasal adik yang terpaksa bersalin kerana bayinya dikatakan hampir lemas. Jadi, terpaksalah pembedahan caesarean dilakukan. Dalam dok mencari punca-punca yang boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan, akhirnya saya terjumpa beberapa sebab. Mungkin ada yang tahu sebab lain, bolehlah kongsi bersama kan…
URI BERMASALAH juga dikenali dengan nama placenta insufficiency. Uri berfungsi untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi ketika di dalam rahim ibu. Jadi, jika terdapat sebarang kerosakan akibat daripada jangkitan kuman, virus, keracunan ataupun alergi, maka fungsinya akan terganggu.
Keadaan ini biasanya dapat dikesan ketika pemeriksaan ketika hamil (antenatal). Antara simptom-simptomnya adalah berat ibu tidak meningkat, ukuran tinggi rahim tidak meningkat dan ujian ultrasound menunjukkan pertumbuhan bayi terjejas.

MASALAH IBU MENGANDUNG juga boleh menjadi penyebab bayi boleh lemas dalam kandungan. Antara penyakit yang biasa dilaporkan adalah penyakit darah tinggi atau keracunan kandungan (toksimea). Biasanya boleh berlaku pada ibu yang mengandungkan anak pertama atau ibu yang beratnya terlalu gemuk.

TERBELIT TALI PUSAT boleh juga menyebabkan bayi lemas. Tali pusat boleh menjerat leher bayi atau tersimpul oleh sebab pergerakan bayi yang terlalu kuat.

FETAL DISTRESS atau bayi lemas boleh berlaku dan dikesan ketika sakit bersalin. Ia dikesan dengan tanda denyutan jantung bayi menjadi perlahan iaitu jauh lebih rendah dari kadar normal 120 seminit

KESILAPAN MANUSIA kadang kala berlaku dalam menentukan bukaan rahim ketika proses ‘dilation’ berlaku. Dalam hal ini, sebaiknya petugas yang bertanggungjawab sepatutnya lebih berhati-hati.

Selalunya dalam kes bayi lemas atau hampir lemas dalam kandungan ini dapat diselamatkan melalui cara pembedahan caesarean sahaja. Ada yang sudah ditentukan pembedahannya ketika usia bayi dalam lingkungan 38 minggu ke atas, dan ada yang perlu dilakukan secara tiba-tiba seperti kes bayi lemas ketika proses sakit bersalin. Ia bertujuan untuk menyelamatkan nyawa bayi kesayangan kita.

@admin - apa pun, ikut rezeki masing-masing. Yang penting ibu dan anak selamat

2 ulasan:

Unknown berkata...

buat ibu-ibu berhati2 bila sakit terlalu lm.. saya skit 4hari. jaln x buka. minta operate doc ckp ank pertama mmg ambik ms. hr ke4, bila jln dah buka. baby dah berak. sejam lebih dipaksa teran. baby x keluar. finally doc vacumm. my baby hie nna state 2-3. celebral palsy.. oku gara2 silap manusia.

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya dengar semoga allah berada disamping mu ameenn