Rabu, 24 November 2010

Menghadapi Kehamilan

Apa yang diperlukan jika anda merancang untuk menerima kehadiran ahli baru dalam kehidupan anda?
Mari kita tengok antara kriteria yang perlu diberi perhatian:
  1. BAIKI DIET HARIAN ANDA
    • Pastikan pemakanan yang baik dan seimbang. Mulakan memakan makanan yang benar-benar sihat.
    • Ambil sekurang-kurangnya tiga sajian utama, termasuk lima bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran.
    • Nutrien yang baik - kalsium, zet besi dan asid folik.
    • Amalkan pengambilan multivitamin di samping minum banyak air dan susu.

Jumaat, 12 November 2010

Kencing Manis Ketika Hamil

Tentu ramai di luar sana sedang hamil. Umum mengetahui setiap kali mengandungkan bayi, terdapat pelbagai simptom atau pembawaan yang berlainan bagi setiap kandungan. Malah ada yang menghidap kencing manis ketika proses kehamilan. Mari kita lihat antara penyakit yang mungkin ibu-ibu hadapi ketika hamil.

Kencing manis boleh terjadi di kalangan ibu hamil apabila badan tidak dapat memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak mendapat makanan secukupnya. Jika tidak dirawat, sedikit masalah baka dihadapi oleh ibu yang sedang hamil.

Posted on 4:06 PTG | Categories:

Isnin, 8 November 2010

Persediaan Menjadi Ibu Bapa

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU BAPA?
Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga sangatlah memerlukan komitmen. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sama ada baru atau sudah lama, pastinya kehadiran cahaya mata adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak merancang atau yang sangat sayang dan kasihkan kanak-kanak.

Walau bagaimana pun, kehadiran cahaya mata menuntut komitmen yang bukan sedikit. Ia diperlukan sepanjang kehidupan, kerana andalah yang bakal menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang, makanan, didikan agama, perlindungan, pendidikan, perhatian dan pelbagai keperluan lain bagi memastikan anak-anak membesar dengan baik.