Selasa, 26 Februari 2013

Ekzema di Kalangan Anak-anak

Ekzema adalah satu jenis alahan yang boleh dialami oleh kanak-kanak seusia kurang dari lima tahun. Ia adalah tindakan yang berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap benda asing yang terdapat dalam tubuh. Hasilnya timbullah keradangan dalam pelbagai bentuk. Ekzema adalah salah satunya.

Khamis, 7 Februari 2013

Rabu, 25 Julai 2012

Punca Bayi Lemas Dalam Kandungan

Pada entry lepas, saya ada cerita pasal adik yang terpaksa bersalin kerana bayinya dikatakan hampir lemas. Jadi, terpaksalah pembedahan caesarean dilakukan. Dalam dok mencari punca-punca yang boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan, akhirnya saya terjumpa beberapa sebab. Mungkin ada yang tahu sebab lain, bolehlah kongsi bersama kan…

Jumaat, 13 Julai 2012

Pembedahan Ketika Bersalin

Sewaktu adik ditolak ke dewan pembedahan, semuanya dalam keadaan baik. Saya yang berada jauh dari kampung, hanya mengharapkan adik dapat menempuh pengalaman bersalin dengan sebaiknya. Tiba-tiba sahaja dapat sms darinya, mengatakan dia terpaksa masuk ke bilik bedah hospital. Terus saya hubungi mak dan adik ipar. Katanya jantung bayi lemah, jadi terpaksa dibedah, kerana air ketuban sudah pun dipecahkan.

Kenapa Perlu Bedah?

Saya cuma berdoa agar adik selamat melahirkan tidak kira apa jua cara. Selepas beberapa ketika, semuanya sihat. Bayi lelaki yang baru lahir ditempatkan dalam 'incubator' supaya keadaannya dapat dipantau, manakala adik perempuan saya selamat menjalani pembedahan sebaiknya.

Kenapa di saat semuanya baik, pembedahan masih perlu dilakukan? Apa yang menyebabkan jantung bayi lemah, sedangkan sebelum ini pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan semuanya baik sahaja? Itu soalan yang suami saya tujukan selepas mengetahui keadaan adik dan anak saudara baru. Tiada jawapan yang dapat saya berikan. Setakat pemahaman saya, jika tiada perubahan terhadap bukaan serviks, kemungkinan besar perkara itu boleh terjadi. Namun, mengikut kata emak, ketika diperiksa, bukaan sudah pun mencecah 6cm.

Segalanya terjawab bila adik memberitahu sebenarnya individu bertanggungjawab (tidak pasti doktor atau jururawat), salah mengenal pasti bukaan. Bukaan sebenar baru 4cm, sedangkan yang diberitahu 6cm. Oleh kerana air ketuban dipecahkan terlebih awal, maka kemungkinan bayi lemas atau lemah jantung boleh berlaku. Tertanya-tanya, boleh pula hal sedemikian berlaku.

Ada juga yang mengatakan hospital tertentu lebih suka melakukan pembedahan bila mendapati bayi lebih dari 3.0kg. Tiada kepastian dapat ditentukan, walau pun perkara ini diberitahu oleh rakan emak, yang merupakan seorang jururawat. 

Apapun yang berlaku, adik saya selamat melahirkan bayi lelaki 3.26kg, yang sekarang sudah pun selamat berpantang di rumah emak. Jika mampu, kita bincangkan nanti kenapa dan mengapa pembedahan diperlukan oleh seorang ibu di alam mama.

@admin - asalkan mama dan anak sihat, itu lebih penting

Khamis, 23 Februari 2012

Belajar Tenangkan Diri

Tidak dapat dinafikan ramai bakal ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur. Ia sedikit sebanyak mampu  mengganggu ibu-ibu menghadapi hari berikutnya. Jadi, tidur yang berkuali dan cukup adalah sangat penting ketika ibu sedang hamil. Bagaimana mendapatkan tidur yang baik itu?

TIDUR SEKETIKA
Tidur di siang hari antara 30 hingga 60 minit mampu mengisi ruang tidur yang tidak cukup pada malam sebelumnya. Ia dikatakan mampu menajamkan memori di samping mengurangkan keletihan ibu yang mengandung.