Selasa, 15 November 2011

Mitos Kehamilan

Assalamualaikum,
Kembali kita bertemu. Seringkali ketika hamil, banyak pantang larang yang sering didengar supaya kaum ibu yang hamil menjauhi perbuatan tersebut. Walau bagaimana pun, ada beberapa mitos yang sering dikatkan dengan ibu yang sedang hamil ini. 


kredit: bubidan.com

MITOS 1: Wajah ibu yang hamil berseri bermakna si ibu mengandungkan anak perempuan. Sebenarnya semua ibu yang hamil, tidak kira kandungannya perempuan atau lelaki pasti akan berseri-seri. Ia ada kaitan dengan hormon yang hadir dan bukan sebab kandungannya perempuan.

 MITOS 2: Ibu yang mengadakan hubungan seks di awal kehamilan akan keguguran. Keguguran biasa berlaku pada trimester pertama (3 bulan pertama). Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada ibu. Ada yang punya rahim yang kuat, keguguran bukanlah satu masalah kepadanya. Keguguran jika berlaku biasanya dikaitkan dengan faktor genetik, bukan disebabkan faktor melakukan hubungan kelamin.
MITOS 3: Dilarang mandi berendam kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman pada vagina, seterusnya merebak kepada janin. Mandi berendam biasanya mampu menenangkan ibu hamil. Walau bagaimana pun, suhu air perlu tidak lebih dari 38 darjah Celsius, kerana suhu yang terlalu tinggi mampu memberi kesan kepada janin terutamanya di awal kehamilan.

MITOS 4: Makan atau minum bahan yang sejuk seperti ais krim dan air berais menyebabkan janin besar dan menyukarkan proses bersalin. Janin yang besar, memang sedikit sebanyak menyukarkan proses bersalin. Jika makan atau minum secara berlebihan, keadaan janin besar ini mungkin akan berlaku, jadi makan secara berkala dalam kuantiti yang sedikit mampu mngelakkan perkara ini berlaku.

MITOS 5: Akan timbul urat-urat hijau di kaki ketika kehamilan. Varises (timbulnya urat hijau di kaki) bukan hanya berlaku ketika hamil, malah semasa tidak hamil juga mungkin boleh berlaku. Ia terjadi terutamanya bagi mereka yang berdiri atau duduk terlalu lama, jarang bersenam, memakai pakaian yang terlalu ketat dan penambahan berat badan yang cepat. Ini kerana perkara-perkara di atas secara tidak langsung menyukarkan perjalanan darah otot-otot kaki untuk kembali ke jantung. Kehamilan hanya memburukkan keadaannya sahaja.

MITOS 6: Kehamilan pasti membawa kepada pembentukan kesan regangan (stretchmarks). Tidak semua ibu hamil mengalami perkara ini. Ia dikaitkan dengan faktor genetik. Besar kemungkinan ibu boleh mengalaminya jika ibu kepada ibu hamil pernah mengalami. Namun, untuk mengurangkan kesan ini kepada ibu yang hamil, sebolehnya jangan digaru ketika berasa gatal, sebaliknya boleh menggunakan losyen, krim atau pun minyak-minyak khusus untuk kulit perut. Menggaru dengan tangan meninggalkan parut pada kawasan tersebut.

alammama: banyak kesan parut, tak tahan gatal...

Sumber bacaan: Majalah Wanita, Bil. 1142

0 ulasan: