Khamis, 27 Oktober 2011

Penyusuan Bayi Di Khalayak Ramai - Anda Boleh

Assalamualaikum,

Lama rasa tak update tentang blog ni. Alhamdulillah, sekarang ni anak kedua sudah mencecah usia 9 bulan. Ye, saya akui, saya telah pun mencampurkan susu formula kepada anak ketika si kecil tu berada di taska. Namun, jika si kecil bersama-sama saya, si kecil itu sendiri menolak kehadiran susu formula. Alangkah baiknya, bayi pun tahu memilih mana yang terbaik untuknya. 

Juga saya akui, susu saya tidaklah sebanyak atau sejenuh (kata orang utara) kawan-kawan di luar sana. Namun, saya cuba yang terbaik. Pun begitu, saya masih bersyukur kerana ada lagi rakan di luar sana yang kurang bernasib baik apabila ada yang hanya sementara menyusu bayinya.


PERKARA YANG MEMBANTUTKAN PENYUSUAN SUSU IBU DI KALAYAK RAMAI
  1. Kurang Perasaan Yakin - Kehadiran orang baru pastinya merubah kehidupan seharian. Bagi ibu yang baru melahirkan bayi, perasaan pertama kali menyusukan bayi pastinya sesuatu yang aneh dan tidak biasa. Ada yang ragu-ragu akan teknik yang betul, apatah lagi untuk menyusukan bayi di khalayak ramai. Maka, ada yang memilih untuk memberikan susu botol kepada bayi.
  2. Kurang Pengetahuan - Tidak dinafikan ada yang kurang pengetahuan, dan menganggap tiada kaedah yang sesuai apabila mahu meyusukan bayi di tempat awam. Namun, jika kena caranya, di mana-mana saja ia boleh dilakukan.
  3. Tiada Sokongan atau Galakan - Yang paling utama adalah dari suami, yang mana si dia sentiasa dekat dengan anda. Sokongan dan galakan suami serta sedikit peranan atau pertolongan dari suami anda boleh merubah segalanya. Sebagai contoh, suami anda boleh berdiri di hadapan anda atau memegang kain untuk melindungi aurat anda ketika menyusu.
  4. Masalah Aurat - Ada yang bimbang aurat mereka dilihat oleh orang ramai. Jangan bimbang, kerana sekarang sudah banyak peralatan menyusu yang mampu memudahkan anda, dan mampu melindungi aurat anda ketika anda menyusukan bayi. Nursing cover, contohnya boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Juga ketahui cara bagaimana mahu menggunakan nursing cover ini di sini.
  5. Takut Dengan Kata-kata Orang - Biasanya termakan dengan kata-kata orang yang pada dasarnya ingin memudahkan anda, dengan memberi susu formula. Juga ada yang takut, ada yang mengata di belakang. Pedulikan semua itu, anda tahu mana yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
  6. Pakaian Khas Menyusu - Dewasa ini di pasaran, sudah terdapat banyak jenis pakaian penyusuan dan juga alatan lain yang mampu digunakan sebagai langkah jika mahu menyusukan bayi di khalayak ramai tanpa sebarang masalah. Pakaian ibu menyusu, nursing cover dan sebagainya boleh mambantu anda. Jangan anggap ia sebagai sesuatu yang menyusahkan sebaliknya, anggap ia satu pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan.
Akhir kata, jadikan setiap saat bersama anak anda adalah sesuatu yang berharga. Jika tiada sebarang masalah, apa salahnya kita menyusukan bayi sendiri kan? Lainlah kalau kita punya masalah lain seperti sakit atau sebagainya yang membuatkan kita tidak mampu untuk menyusui anak kita.. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita dan anak kita..

Alammama: Mohon doa agar sentiasa mampu menyusukan anak selagi daya...

1 ulasan:

set penyusuan berkata...

Bertudung labuh boleh mengelakkan dari orang ramai perasan yang kita sedang menyusu.
Sekarang dekat pasaraya pun sudah ada ruang untuk ibu menyusu