Jumaat, 28 Oktober 2011

Tahukah Anda #1 - Khasiat Susu Ibu

Khasiat susu ibu antaranya mengandungi lemak, protein dan omega 3, yang mana ia mudah untuk dihadamkan dan kaya dengan antibodi. Ia mampu melindungi bayi anda dari penyakit merbahaya

Khamis, 27 Oktober 2011

Penyusuan Bayi Di Khalayak Ramai - Anda Boleh

Assalamualaikum,

Lama rasa tak update tentang blog ni. Alhamdulillah, sekarang ni anak kedua sudah mencecah usia 9 bulan. Ye, saya akui, saya telah pun mencampurkan susu formula kepada anak ketika si kecil tu berada di taska. Namun, jika si kecil bersama-sama saya, si kecil itu sendiri menolak kehadiran susu formula. Alangkah baiknya, bayi pun tahu memilih mana yang terbaik untuknya. 

Juga saya akui, susu saya tidaklah sebanyak atau sejenuh (kata orang utara) kawan-kawan di luar sana. Namun, saya cuba yang terbaik. Pun begitu, saya masih bersyukur kerana ada lagi rakan di luar sana yang kurang bernasib baik apabila ada yang hanya sementara menyusu bayinya.