Jumaat, 5 Ogos 2011

Boleh Makan Jajan Semasa Hamil?

Nafsu ketika hamil memang pelik. Kadang-kadang yang tidak biasa dimakan, yang itulah yang diidamkannya. Begitu juga dengan snek atau jajan atau juga makanan sampingan. Jajan ketika hamil adalah tidak terlalu bahaya jika ibu hamil berada dalam keadaan sihat tanpa ada sebarang penyakit atau pengambilan yang tidak berlebihan.

Ianya penting agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami risiko yang bahaya dan lahir sihat serta selamat. Ikuti tips di bawah agar proses kahamilan sentiasa ceria dan terkawal..


  • Jika ibu lapar antara waktu makan, boleh ambil semangkuk kecil sup ayam, teh panas, rojak atau jus buah dalam 4 bulan pertama
  • Boleh juga ambil sepiring kecil kuih muih atau salad, semangkuk buah-buahan segar dan semangkuk sayur-sayuran segar jika berat badan ibu hamil adalah normal atau tidak berlebihan.
  • Pengambilan ais krim, kek manis dan coklat dibenarkan bagi ibu yang berat badannya kurang semasa hamil.
  • Sila pastikan ibu-ibu hamil tidak mengambil apa jua makanan secara berlebihan, seimbangkan dengan berat dan kandungan anda.
  • Buat pemeriksaan kerap atau mengikut temujanji dengan doktor hamil anda. Mereka boleh menasihatkan anda dalam hal pemakanan ini. Jangan malu bertanya jika ada apa saja yang bermain di minda..

terima kasih gambar: narcissafelton.blogspot.com

alammama: kalau tak hamil pun sedap dapat makan, lau hamil, lagi le sedap..

0 ulasan: