Rabu, 24 November 2010

Menghadapi Kehamilan

Apa yang diperlukan jika anda merancang untuk menerima kehadiran ahli baru dalam kehidupan anda?
Mari kita tengok antara kriteria yang perlu diberi perhatian:
  1. BAIKI DIET HARIAN ANDA
    • Pastikan pemakanan yang baik dan seimbang. Mulakan memakan makanan yang benar-benar sihat.
    • Ambil sekurang-kurangnya tiga sajian utama, termasuk lima bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran.
    • Nutrien yang baik - kalsium, zet besi dan asid folik.
    • Amalkan pengambilan multivitamin di samping minum banyak air dan susu.
  2. KURANGKAN PENGGUNAAN KAFEIN
    • Maksimakan hanya satu cawan sehari
    • Untuk kaum bapa, kefien pula dikatakan dapat membantu merangsang pergerakan sperma.
  3. BERAT BADAN
    • Tidak boleh terlalu ringan atau terlebih berat badan yang ideal.
    • Ada yang dikaitkan kesukaran hamil kerana terlalu berat atau obes
    • Diet harian yang baik adalah penting
    • Ambil makanan dan minuman yang rendah lemak dan tinggi fiber.
    • Kurang berat badan boleh menyebabkan keguguran - lebihkan kalori yang tidak merbahaya
  4. PENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMEN TAMBAHAN
    • Asid folik merupakan vitamin B yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi.
    • Akan dibekalkan oleh doktor
    • Ambil multivitamin yang baik
  5. SENAMAN
    • Selain sihat dan berat badan ideal, senaman dapatmemberi stamina, kekuatan dan fleksibiliti
    • Penting ketika hamil dan semasa proses kehamilan
    • Aerobik - membaiki aras tenaga dan mmberi minda yang tenang
    • Jangan melakukan aktiviti/senaman yang memudaratkan. Dapatkan pengesahan doktor
  6. HENTI TABIAT MEROKOK, PENGAMBILAN MINUMAN KERAS DAN DADAH
    • Memberi kesan kepada bayi
    • Mungkin keguguran, bayi lahir dengan kecacatan/ punya masalah perkembangan, bayi lahir kurang berat badan, bayi lahir tidak cukup bulan/kurang matang.
  7. PERSEKITARAN SELAMAT
    • Tempat tinggal dan tempat kerja selamat.
    • Aktiviti yang tidak memudaratkan
    • Bincang dengan doktor jika anda terlibat dengan aktiviti kerja yang terlalu terdedah kepada bahan kimia atau keadaan merbahaya
  8. HENTIKAN PENGGUNAAN ALAT PERANCANG
    • Ada sesetengah alat yang perlukan masa untuk mengembalikan kitaran haid kepada normal.
    • Dapatkan nasihat doktor terutamanya bagi yang memerlukan pengeluaran/pembedahan terhadap alat yang dipakai
  9. KEWANGAN YANG STABIL
    • Kos perlu diberi perhatian: lampin, pakaian, penjagaan dan susu jika sudah tidak menyusu badan.
    • Rancang awal supaya kebajikan bayi dan anak-anak terjaga.
  10. RISIKO PENYAKIT
    • Cari info/maklumat tentang penyakit yang mungkin dihidapi oleh bakal-bakal ibu.
    • Cuba elakkan jika tahu penyebab-penyebabnya
    • Ambil langkah yang perlu jika dikesan menghidap penyakit tertentu terutamanya bagi yang mempunyai sejarah sendiri atau dari ahli keluarga.

2 ulasan: