Tentu ramai di luar sana sedang hamil. Umum mengetahui setiap kali mengandungkan bayi, terdapat pelbagai simptom atau pembawaan yang berlainan bagi setiap kandungan. Malah ada yang menghidap kencing manis ketika proses kehamilan. Mari kita lihat antara penyakit yang mungkin ibu-ibu hadapi ketika hamil.
Kencing manis boleh terjadi di kalangan ibu hamil apabila badan tidak dapat memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak mendapat makanan secukupnya. Jika tidak dirawat, sedikit masalah baka dihadapi oleh ibu yang sedang hamil.
GOLONGAN YANG MUNGKIN DIHIDAPI:
- Pernah mengalami kencing manis ketika kelahiran terdahulu
- Berlebihan berat badan
- Mempunyai sejarah sama ada ibu atau ayah yang menghidap kencing manis
- Mempunyai penyakit kencing manis sebelum hamil
- Wanita lebih berusia
- Pernah melahirkan bayi seberat 4kg dan ke atas
KESAN:
- Berisiko menghadapi masalah ketika hamil
- Membahayakan bayi di dalam kandungan
- Risiko mendapat bayi yang terlalu besar
- Berisiko menjalani pembedahan semasa proses kelahiran bayi
RAWATAN:
- Kawal kandungan gula dalam badan - amalkan diet pemakanan yang sihat.
- Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, lebihkan makanan yang banyak kandungan vitamin dan zat galian seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
- Usaha melakukan senaman yang tidak membahayakan setiap hari
- Pengambilan insulin dari doktor bertauliah
Kencing manis pada ibu hamil dapat dikesan ketika usia kehamilan berada pada minggu ke 28, kerana ketika ini uri mengeluarkan hormon dengan banyak dan menyebabkan insulin yang dikeluarkan tidak memberi kesan terhadap kandungan gula.
Kebiasaannya ibu hamil akan kembali normal selepas proses bersalin, namun mereka juga berkemungkinan besar bakal menghidap kencing manis ketika usia semakin meningkat.
Sumber bacaan di sini.
2 ulasan:
bukan setakat kencing manis jer....ader gak pregnant induce hypertension....
tul tu.. mcam2 leh jadi masa hamil.. kencing manis salah satunya..
Catat Ulasan