Selasa, 26 Februari 2013

Ekzema di Kalangan Anak-anak

Ekzema adalah satu jenis alahan yang boleh dialami oleh kanak-kanak seusia kurang dari lima tahun. Ia adalah tindakan yang berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap benda asing yang terdapat dalam tubuh. Hasilnya timbullah keradangan dalam pelbagai bentuk. Ekzema adalah salah satunya.
Anak-anak kecil yang menghadapi ekzema biasanya akan mengalami ruam merah yang wujud pada kulit, dan biasanya pada tempat yang sama. Apabila ruam merah hilang, kulit akan menjadi kering dan lebih sensitif serta kasar. Kebiasaannya anak-anak akan menggaru kerana ada tindak balas pada bahagian kulit mereka.



Faktor Penyebab Ekzema

Apabila anak-anak aktif bermain, peluh dan kepanasan adalah antara penyebab ekzema boleh berulang. Apabila peluh dan panas, anak-anak akan mula menggaru dan kulit akan menjadi merah.

Alahan terhadap makanan dan minuman juga antara faktor penyebabnya. Susu lembu, telur, perasa dan pewarna tiruan adalah antara makanan yang menyumbang kepada keadaan ekzema ini.

Jangkitan Staphylococcus aures, sejenis bakteria mudah menyerang kulit yang sudah pecah dan merah. Ia akan menambahkan lagi kesakitan dan kegatalan kulit anak.

Ada juga anak-anak yang mengalami ekzema apabila terdedah pada keadaan yang berhabuk atau tidak bersih. 

Sebaik-baiknya ibu bapa perlu mengawal ekzema daripada berulang pada anak-anak. Di entry akan datang kita boleh luangkan masa berkongsi cara mengawal ekzema dari berulang. Kalau ibu bapa ada perkongsian untuk tatapan bersama, apa salahnya berkongsi kan?

@alammama - Anak kedua biasanya akan mengalami keadaan ini, pelik juga kerana mula berlaku seawal usia setahun. Mudah-mudahan ekzema anak berkurangan. Dalam proses mengawal ni.

0 ulasan: