Khamis, 23 Februari 2012

Belajar Tenangkan Diri

Tidak dapat dinafikan ramai bakal ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur. Ia sedikit sebanyak mampu  mengganggu ibu-ibu menghadapi hari berikutnya. Jadi, tidur yang berkuali dan cukup adalah sangat penting ketika ibu sedang hamil. Bagaimana mendapatkan tidur yang baik itu?

TIDUR SEKETIKA
Tidur di siang hari antara 30 hingga 60 minit mampu mengisi ruang tidur yang tidak cukup pada malam sebelumnya. Ia dikatakan mampu menajamkan memori di samping mengurangkan keletihan ibu yang mengandung.


ELAK BERSENAM
Jangan tidak bersenam langsung, tetapi yang perlu dielakkan di sini ialah bersenam hingga lewat petang. Ia mampu membuatkan tubuh ibu penat. Bersenam di awal pagi mampu membuatkan tubuh ibu berehat. Tamatkan senaman sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu tidur.

BUANG MASALAH
Sebolehnya jangan bawa masalah kerja atau lain-lain masalah sebelum tidur. Sama ada selesaikan atau lupakan seketika sebelum tidur, memungkinkan tidur ibu-ibu nyenyak

JADUAL TIDUR
Tetapkan waktu tidur dan bangun supaya badan dapat membiasakan diri

AKTIVITI SANTAI
Aktiviti ringan dan santai boleh dilakukan sebelum tidur. Misalnya mandi atau mendengar radio. Ia mampu menenangkan diri dan sekali gus dapat merehatkan badan.

BILIK TIDUR
Sebolehnya tidur di bilik tidur. Jadikan bilik tidur suatu tempat yang menarik dan tenang. Jadikan juga bilik tidur ibu-ibu lebih selesa dan jangan bawa aktiviti lain seperti kerja pejabat di dalam bilik tidur.

Mungkin perkara di atas sedikit sebanyak mampu membantu ibu-ibu mendapatkan tidur yangcukup dan berkualiti. Sama-samalah praktikkan agar membawa ketenangan buat si ibu.

0 ulasan: