Khamis, 28 Julai 2011

Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Ibu-ibu hamil biasa mengalami situasi peningkatan kadar pemakanan. Ini adalah normal kerana semasa hamil, nutrien yang diambil melalui makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan dan jika tidak dikawal, pelbagai masalah lain akan timbul, seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Bagi melengkapi tuntutan nutrien di samping menjaga pertambahan berat badan, ibu-ibu dinasihatkan supaya mengawasi pengambilan makanan. Ada kalanya doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.

Rabu, 20 Julai 2011

Bayi Songsang

Pernah terjadi tak ibu-ibu mengalami perkara ini? Atau ada rakan atau pun pengalaman bayi songsang ini? Semasa anak kedua ketika kandungan di usia 32 minggu, doktor masih mengatakan kedudukan bayi saya belum lagi berada di kedudukan sebenar. Pendek kata dalam istilah perubatan, bayi masih songsang atau dikenali dengan nama breech. Namun diingatkan, perkara ini adalah normal, kerana selepas anak pertama, ruang dalam rahim, atau ruang antara tulang pinggul lebih besar. Jadi, bayi dalam kandungan (untuk anak kedua dan seterusnya) masih bebas bergerak dan berpusing.