Rabu, 21 Disember 2011

Punca Pendarahan Ketika Hamil

Ada di kalangan ibu-ibu yang mengalami pendarahan ketika hamil. Ia sesuatu yang patut diberi perhatian, kerana bimbang akan kandungan bayi anda. Sebenarnya ada beberapa sebab yang boleh berlaku sehingga menyababkan keluarnya darah semasa kehamilan ini. Mari kita tengok bahagian 1:
Antara punca pendarahan semasa kehamilan ialah:
  1. Hubungan Intim
    Ya, hubungan intim kadang-kadang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Ia adalah kes yang jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil. Semasa hamil, darah lebih banyak mengalir ke serviks, sebab itulah pendarahan tidak mustahil berlaku. Selain itu, jika terdapat polip atau ketumbuhan kecil (benigna) pada vagina juga boleh menyebabkan keluarnya tompokan darah.
  2. Jangkitan Kuman
    Ia tidak berkaitan dengan kehamilan, sebaliknya mungkin berlaku jangkitan akibat hubungan seks. Antaranya ialah trichomoniasis, gonorrhea, chlamydia atau herpes. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan keradangan pada serviks.
  3. Keguguran atau Kehamilan Ektopik
    Jika perkara ini berlaku biasanya pendarahan akan berlaku dan disertai dengan kekejangan atau sakit pada bahagian abdomen. Ia boleh jadi salah satu tanda kehamilan ektopik atau tanda awal keguguran. Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berlaku di luar tiub fallapio.
Oleh itu, jika berlaku sebarang pendarahan ketika hamil, adalah dinasihatkan lebih baik berjumpa dengan doktor anda. Lebih awal rawatan diperolehi, lebih tinggi kandungan dapat diteruskan. Insyaallah, sambungan sebab- sebab pendarahan ketika hamil akan berjumpa sedikit masa lagi. Sehingga bertemu lagi.

*sumber dari: majalah wanita, bil.1455

0 ulasan: